Jumaat, 14 Disember 2012

ASPEK TATABAHASA


KATA GANTI NAMA DIRI


Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
                a)   Kata ganti nama diri pertama
                b)   Kata ganti nama diri kedua
                c)   Kata ganti nama diri ketiga

A  Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
                i)   Bentuk tunggal
                ii)   Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
Tunggal
aku, beta, daku, hamba, patik, saya
Jamak
kami, kita


B   Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
                i)   Bentuk tunggal
                ii)  Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
Jamak
anda, kalian, kamu

C   Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:  baginda, beliau, dia, ia, dan mereka
Contoh:
           1.a)  Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X) 
b)   Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
                
          2.a)  Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X)
             b)  Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular