Ahad, 16 Disember 2012
Sabtu, 15 Disember 2012
ASPEK TATABAHASA
KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi
untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa.
Dalam bahasa Melayu baku,
kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan,
kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan
untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan
klausa.
Contoh:
atau,
bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala,
melainkan, padahal, sambil, seraya,
serta, tetapi
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan
untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh:
apabila,
agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama,
sekiranya, semenjak, selagi,
sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun,
ketika
Kata Hubung
Berpasangan
Kata hubung
berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu
ayat.
Contoh:
baik…mahupun
kian…kian
entah…entah
sedangkan…inikan
pula
bukan sahaja…bahkan juga
sungguhpun…namun
makin…makin
bukan
sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah
daripada…lebih baik
jangankan…pun
semakin…semakin
·Kata
hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh
menyertai pertandingan nyanyian itu.
2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung
hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.
Jumaat, 14 Disember 2012
ASPEK TATABAHASA
KATA GANTI NAMA
DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis
seperti yang berikut:
a)
Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga
A Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti
nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang
yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang
lain.
Kata ganti
nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk
|
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
|
Tunggal
|
aku, beta,
daku, hamba, patik, saya
|
Jamak
|
kami, kita
|
B Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti
nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang
kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti
nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk
|
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
|
Tunggal
|
anda, awak,
dikau, engkau, tuanku, kamu
|
Jamak
|
anda, kalian, kamu
|
C Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti
nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang
yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh: baginda, beliau, dia, ia, dan
mereka
Contoh:
1.a) Bajunya koyak. Ia perlu
dijahit. (X)
b) Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
2.a) Anjing itu menyalak. Ia kelaparan.
(X)
b) Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)
Sabtu, 1 Disember 2012
Jumaat, 30 November 2012
Rabu, 21 November 2012
Jumaat, 16 November 2012
NOTA GURU - PERSEDIAAN MENGAJAR
BAHASA MELAYU
TAHUN 6
Pelajaran 2
TAHUN 6
Pelajaran 2
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Melawat Ke Kebun
Sawit
Sinopsis:
Mengisahkan Ardie dan keluarganya
telah mengikut rombongan rakan-rakan sekelasnya membuat lawatan ke kebun sawit
Hj Ibrahim. Kebun tersebut merupakan kebun contoh “ Plot Demo’ di kawasan Sadong Jaya. Semasa lawatan tersebutbanyak
penglaman baru yang diperoleh oleh Ardie , keluarga
dan rakan-rakannya.
Sebelum Siaran:
i. Guru menyoal siapakah di antara
murid-murid yang mempunyai kebun sawit.
ii.Guru meminta murid-murid
menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat ayat tanya yang
terdapat dalam petikan itu nanti.
Semasa Siaran:
i. Murid-murid mendengar sambil
mencatat ayat tanya yang terdapat dalam petikan itu.
Selepas Siaran:
i. Murid-murid menyenaraikan
pengalaman yang dilalui oleh Ardie.
RANCANGAN PENGAJARAN
Pelajaran 2
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Melawat Ke Kebun
Sawit
Objektif:
Selepas mendengar siaran ini,
murid-murid dapat:
1. membaca pelbagai jenis ayat dengan
memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca
2. membina sebuah draf karangan yang
lengkap dengan bantuan guru
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan
yang didengar dan dibaca.
Aras(i) Membezakan isi penting dan isi
sampingan untuk membuat ringkasan.
Fokus Sampingan:
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal
dan ayat majmuk dalam dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
Aras(i) Membina ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan tajuk.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa - Ayat Majmuk
Aktiviti :
Lampiran I , Lampiran II dan Lampiran
III
Pengisian Kurikulum :
Nilai Murni : Hormat-menghormati / Hemah
tinggi.
Kemahiran Berfikir : Menganalisis
Refleksi :
Diisi oleh guru selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
KATA HUBUNG Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa ...
-
BAHASA MELAYU TAHUN 6 Pelajaran 2 Tema : Kekeluargaan Tajuk : Melawat Ke Kebun Sawit Sinopsis: Mengisahkan Ardie...