Saying of the Day

Sabtu, 15 Disember 2012

ASPEK TATABAHASA


KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, 
melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
 
Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.

Contoh:
apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, 
sekiranya, semenjak, selagi, sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun, ketika

Kata Hubung Berpasangan

Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
 baik…mahupun                                 
 kian…kian
 entah…entah                                      
 sedangkan…inikan pula
 bukan sahaja…bahkan juga            
 sungguhpun…namun
 makin…makin                                     
 bukan sahaja…tetapi juga
 sungguhpun…tetapi                           
 sama ada…atau                                   
 bagaimana…begitulah                       
 daripada…lebih baik 
 jangankan…pun                                 
 semakin…semakin
 
·Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
 Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
 Ayat contoh:
 1.   Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.
  2.  Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke laut 
       juga    baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular