Sabtu, 15 Disember 2012

ADAB BELAJAR


RENUNGAN


ASPEK TATABAHASA


KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, 
melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
 
Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.

Contoh:
apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, 
sekiranya, semenjak, selagi, sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun, ketika

Kata Hubung Berpasangan

Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
 baik…mahupun                                 
 kian…kian
 entah…entah                                      
 sedangkan…inikan pula
 bukan sahaja…bahkan juga            
 sungguhpun…namun
 makin…makin                                     
 bukan sahaja…tetapi juga
 sungguhpun…tetapi                           
 sama ada…atau                                   
 bagaimana…begitulah                       
 daripada…lebih baik 
 jangankan…pun                                 
 semakin…semakin
 
·Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
 Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
 Ayat contoh:
 1.   Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.
  2.  Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke laut 
       juga    baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.

SAMBUTAN HARI GURU 2012


RENUNGAN


Jumaat, 14 Disember 2012

ASPEK TATABAHASA


KATA GANTI NAMA DIRI


Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
                a)   Kata ganti nama diri pertama
                b)   Kata ganti nama diri kedua
                c)   Kata ganti nama diri ketiga

A  Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
                i)   Bentuk tunggal
                ii)   Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
Tunggal
aku, beta, daku, hamba, patik, saya
Jamak
kami, kita


B   Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
                i)   Bentuk tunggal
                ii)  Bentuk jamak

Bentuk
Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal
anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
Jamak
anda, kalian, kamu

C   Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:  baginda, beliau, dia, ia, dan mereka
Contoh:
           1.a)  Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X) 
b)   Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
                
          2.a)  Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X)
             b)  Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)

Rabu, 21 November 2012

Jumaat, 16 November 2012

NOTA GURU - PERSEDIAAN MENGAJAR



BAHASA MELAYU
TAHUN 6

Pelajaran 2

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Melawat Ke Kebun Sawit

Sinopsis:
Mengisahkan Ardie dan keluarganya telah mengikut rombongan rakan-rakan sekelasnya membuat lawatan ke kebun sawit Hj Ibrahim. Kebun tersebut merupakan kebun contoh “ Plot Demo’ di kawasan  Sadong Jaya. Semasa lawatan tersebutbanyak penglaman baru yang diperoleh oleh Ardie , keluarga
dan rakan-rakannya.

Sebelum Siaran:

i. Guru menyoal siapakah di antara murid-murid yang mempunyai kebun sawit.
ii.Guru meminta murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat ayat tanya yang   
   terdapat dalam petikan itu nanti.

Semasa Siaran:
i. Murid-murid mendengar sambil mencatat ayat tanya yang terdapat dalam petikan itu.

Selepas Siaran:

i. Murid-murid menyenaraikan pengalaman yang dilalui oleh Ardie.

ii. Murid-murid membina ayat dan mengenalpasti tanda baca



RANCANGAN PENGAJARAN

Pelajaran 2

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Melawat Ke Kebun Sawit
Objektif:

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca

2. membina sebuah draf karangan yang lengkap dengan bantuan guru


Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras(i) Membezakan isi penting dan isi sampingan untuk membuat ringkasan.

Fokus Sampingan:

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam dalam sesuatu penulisan teks tentang   
      sesuatu tajuk.

Aras(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa - Ayat Majmuk


Aktiviti :

Lampiran I , Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum :

Nilai Murni : Hormat-menghormati / Hemah tinggi.

Kemahiran Berfikir : Menganalisis

Refleksi :

Diisi oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar.

Rujukan

Catatan Popular